Pages

Sabtu, 21 September 2013

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN INTERNET







Internet merupakan teknologi asas dalam pembangunan teknologi maklumat. Kini, internet merupakan salah satu saluran rangkaian penghubung dunia yang telah mengecilkan dunia. Dunia tanpa sempadan dimungkinkan dengan adanya jaringan internet ini. Walau bagaimanapun, teknologi internet ini kerap disalahgunakan sehingga menjadi saluran yang boleh membawa kemudaratan.

KEBAIKAN 

1. Berita Terkini

Penggunaan internet telah memudahkan berita terkini disampaikan dengan cepat. Kebanyakan suratkhabar mempunyai laman web mereka sendiri seperti The Star dan CNN. Laman web ini akan dikemaskini dan ianya memapar berita terkini yang berlaku di seluruh dunia. 


2. Pengiklanan 
Internet dijadikan alat untuk mengiklan produk untuk sesebuah syarikat itu. Ianya bukan sahaja murah malah ianya lebih berkesan kerana ianya boleh di lihat di seluruh pelusuk dunia. Terdapat syarikat yang menawarkan program Affiliate dimana ianya cara yang amat berkesan untuk mengiklankan produk sesebuah syarikat atau orang perseorangan. 


3.Servis Perkhidmatan 

Pada masa kini syarikat-syarikat seperti syarikat perbankan, penerbangan, bas, hotel dan agensi pelancongan menawarkan perkhidmatan secara atas talian bagi memudahkan pengguna. Maybank2u menawarkan perkhidmatan perbankan secara atas talian dan para pemegang akaun Maybank boleh menggunakan servis yang ditawarkan tanpa memerlukan caj yang berlebihan. Begitu juga dengan syarikat penerbangan seperti AirAsia, yang mana para pengguna boleh menempah tiket penerbangan secara atas talian pada bila-bila masa. 

 KEBURUKAN

1.
 Pembaziran masa 

Pembaziran masa berlaku sekiranya terlampau lama bermain games, berchatting dan melayari laman-laman yang tidak berfaedah. Aktiviti-aktiviti ini boleh dilakukan tetapi masa yang diperuntukkan mesti lah terhad. Paling terkini laman sosial facebook, terdapat pelbagai applikasi dalam laman tersebut yang boleh diguna dan juga terdapat fungsi untuk berchatting. Sesetengah syarikat menyekat access ke laman tersebut kerana ianya boleh mengurangkan produktiviti pekerja terhadap kerja mereka.


2. Bahan-bahan yang tidak bermoral 
Pada masa kini terdapat banyak bahan-bahan yang bermoral seperti gambar-gambar dan video-video yang tidak sesuai ditonton oleh golongan kanak-kanak dan remaja. Ianya memberi impak yang tidak baik kepada masyarakat secara umumnya. Bahan-bahan begitu mudah di dapati di internet. Ibu bapa hendaklah memantau lama-laman web yang di access oleh anak-anak mereka dan sekiranya perlu, Internet filtering Software perlulah di install di komputer yang digunakan oleh anak-anak mereka. Ini bagi memudahkan ibu bapa untuk memantau laman-laman web yang di access oleh anak-anak merek

3. Ketidaktepatan maklumat 

Terdapat banyak maklumat yang boleh kita perolehi dari internet namun demikian adakah semua maklumat tersebut tepat? Bagaimana kita nak pastikan sama ada maklumat yang kita terima itu tepat ataupun tidak? Ini memang boleh mengelirukan malah memberi impak yang besar kepada sesetengah pihak. Terdapat pelbagai golongan yang menggunakan internet dan menyebarkan maklumat mengikut kepentingan diri masing-masing. Ada yang menggunakan internet untuk membuat fitnah ke atas orang lain bagi tujuan menjatuhkan orang/golongan tertentu. Oleh yang demikian kita mesti lah pandai untuk menilai kesahihan sesuatu maklumat tersebut.

0 ulasan:

Catat Ulasan