Pages

Sabtu, 21 September 2013

KBAIKAN MEMBACA





"Membaca jambatan ilmu". Perumpamaan yang menyifatkan membaca sebagai penghubung untuk sampai ke sesuatu tempat berbeza atau yang lain. Sememangnya terlalu banyak kebaikkan dan faedah yang didapati dengan membaca. Mungkin kerana itu, soalan karangan SPM juga sering meminta pelajar untuk memberikan beberapa faedah yang boleh diperolehi membaca.

Banyak bahan bacaan terkini dan baik berada di pasaran. Majalah, buku, komik, media massa seperti blog, dan tidak ketinggalan surat khabar. Malah, kedai-kedai buku juga membawa bahan bacaan daripada luar negara untuk meningkatkan lagi pengetahuan apa sahaja yang kita perlukan.

Jadi, rasanya agak ramai yang telah pun mengetahui kenapa kita perlu membaca dan faedah-faedahnya. Tapi, berapa ramaikah dikalangan kita mengamalkan membaca sebagai suatu tabiat? Berapa banyakkah buku yang kita akan korek rahsia yang dikongsikan oleh penulisnya dalam sebulan? Bertenang disini saya tidak akan mengulas sebab musabab kenapa kita tidak suka membaca, tapi hanya untuk berkongsi kepentingan dan faedah membaca kepada kita. 

Tidak salah satu kebaikkan dan peringatan terus diulang untuk perkongsiaan bukan? Di sini beberapa faedah atau kepentingan yang kita boleh perolehi dengan membaca;

1. Ilmu Baru - Tukang masak yang jika beliau ingin mencuba masakan yang baru, sama ada dengan merasa masakan seseorang, mereka juga akan membaca buku-buku resepi yang dikeluarkan oleh mungkin chef yang terkenal. Ini menambahkan ilmu baru kepada mereka disamping dapat menambahkan "skill" memasak mereka menjadi lebih baik daripada yang biasa.

2. Pengalaman - Penulis tidak mungkin hanya akan memikirkan untuk melariskan buku jualan mereka. Tapi mereka juga akan menceritakan pengalaman mereka kepada pembacanya. Kebaikkannya, dengan mempelajari pengalaman daripada sesiapa pun, kita dapat mengurangkan sesuatu risiko dalam menghadapi kehidupan seharian. jadikan pengalaman mereka sebagai pengalaman kita sendiri dan kita dapat mengelakkan keperitan yang pernah mereka rasai.

3. Perbandingan dan Idea - Mendapatkan bahan bacaan yang baik adalah perlu dalam mencipta sesuatu yang baru. Masih teringat saya sendiri semasa membuat Thesis. Perkara pertama yang dilakukan untuk mendapatkan idea adalah dengan membuat perbandingan penulisan jurnal tentang sesuatu topik untuk melahirkan sesuatu yang baru. Menambahbaik atau mencipta sesuatu lain dari yang lain memerlukan kita untuk terus membaca dan menbaca!


4. Ketahui Perjalanan atau Isu Semasa - Masa kini, perjalanan berita yang kita ketahui semakin pantas. Terima kasih atas bantuan internet yang kini membolehkan kita mengetahui bukan sahaja berita setempat, tapi seluruh pelusuk dunia. Justeru, dengan membaca kita akan lebih cepat memahami dan mengetahui apakah yang sedang berlaku. Tidak mungkin kita akan terus berada dalam tempurung selamanya bukan.

Selesakah diri kita bila diumpamakan seperti "Katak Bawah Tempurung"? Jadi mulai sekarang bebaskan diri dengan membaca.

6. Mengajar Disiplin Diri - Membaca ada kalanya membosankan apabila kita terpaksa pergi menelaah satu ke satu perenggan untuk memahami kandungan yang dibincangkan. Tapi, membaca mengajar kita untuk terus sentiasa fokus dan berdisiplin dalam mendapatkan sesuatu. Jika kita membaca dengan melangkah dari datu perenggan ke satu perenggan lain, ia menyebabkan tidak fokus. Tidak fokus bermakna tidak berjaya mendisiplinkan diri..


0 ulasan:

Catat Ulasan