Pages

Sabtu, 21 September 2013

PETUA HILANGKAN BATUK



Batuk ialah penyakit yang sinonim di seluruh dunia. Semua orang pasti pernah mengalami masalah batuk-batuk.


1. Sup Ayam
Sup ayam mempunyai kesan anti-radang dan menyejukkan tekak anda. Mikronutrien dalam bahan-bahan sup ayam tersebut juga baik untuk sistem imun tubuh.

2. Minum Teh
Teh hangat yang dicampur madu juga sangat berkesan untuk melegakan batuk.Teh menenangkan otot-otot pada tekak sementara madu menjadi lapisan pelindung sementara bagi tekak.

3. Minum Air
Setiap kali kita sakit,tubuh kita akan kehilangan air lebih banyak berbanding ketika tidak sakit,jadi pastikan anda meminum air yang lebih.Tetapi elakkan minum air sejuk ketika batuk.Air suam atau suhu bilik sangat sesuai.



KEBAIKAN DAN KEBURUKAN INTERNET







Internet merupakan teknologi asas dalam pembangunan teknologi maklumat. Kini, internet merupakan salah satu saluran rangkaian penghubung dunia yang telah mengecilkan dunia. Dunia tanpa sempadan dimungkinkan dengan adanya jaringan internet ini. Walau bagaimanapun, teknologi internet ini kerap disalahgunakan sehingga menjadi saluran yang boleh membawa kemudaratan.

KEBAIKAN 

1. Berita Terkini

Penggunaan internet telah memudahkan berita terkini disampaikan dengan cepat. Kebanyakan suratkhabar mempunyai laman web mereka sendiri seperti The Star dan CNN. Laman web ini akan dikemaskini dan ianya memapar berita terkini yang berlaku di seluruh dunia. 


2. Pengiklanan 
Internet dijadikan alat untuk mengiklan produk untuk sesebuah syarikat itu. Ianya bukan sahaja murah malah ianya lebih berkesan kerana ianya boleh di lihat di seluruh pelusuk dunia. Terdapat syarikat yang menawarkan program Affiliate dimana ianya cara yang amat berkesan untuk mengiklankan produk sesebuah syarikat atau orang perseorangan. 


3.Servis Perkhidmatan 

Pada masa kini syarikat-syarikat seperti syarikat perbankan, penerbangan, bas, hotel dan agensi pelancongan menawarkan perkhidmatan secara atas talian bagi memudahkan pengguna. Maybank2u menawarkan perkhidmatan perbankan secara atas talian dan para pemegang akaun Maybank boleh menggunakan servis yang ditawarkan tanpa memerlukan caj yang berlebihan. Begitu juga dengan syarikat penerbangan seperti AirAsia, yang mana para pengguna boleh menempah tiket penerbangan secara atas talian pada bila-bila masa. 

 KEBURUKAN

1.
 Pembaziran masa 

Pembaziran masa berlaku sekiranya terlampau lama bermain games, berchatting dan melayari laman-laman yang tidak berfaedah. Aktiviti-aktiviti ini boleh dilakukan tetapi masa yang diperuntukkan mesti lah terhad. Paling terkini laman sosial facebook, terdapat pelbagai applikasi dalam laman tersebut yang boleh diguna dan juga terdapat fungsi untuk berchatting. Sesetengah syarikat menyekat access ke laman tersebut kerana ianya boleh mengurangkan produktiviti pekerja terhadap kerja mereka.


2. Bahan-bahan yang tidak bermoral 
Pada masa kini terdapat banyak bahan-bahan yang bermoral seperti gambar-gambar dan video-video yang tidak sesuai ditonton oleh golongan kanak-kanak dan remaja. Ianya memberi impak yang tidak baik kepada masyarakat secara umumnya. Bahan-bahan begitu mudah di dapati di internet. Ibu bapa hendaklah memantau lama-laman web yang di access oleh anak-anak mereka dan sekiranya perlu, Internet filtering Software perlulah di install di komputer yang digunakan oleh anak-anak mereka. Ini bagi memudahkan ibu bapa untuk memantau laman-laman web yang di access oleh anak-anak merek

3. Ketidaktepatan maklumat 

Terdapat banyak maklumat yang boleh kita perolehi dari internet namun demikian adakah semua maklumat tersebut tepat? Bagaimana kita nak pastikan sama ada maklumat yang kita terima itu tepat ataupun tidak? Ini memang boleh mengelirukan malah memberi impak yang besar kepada sesetengah pihak. Terdapat pelbagai golongan yang menggunakan internet dan menyebarkan maklumat mengikut kepentingan diri masing-masing. Ada yang menggunakan internet untuk membuat fitnah ke atas orang lain bagi tujuan menjatuhkan orang/golongan tertentu. Oleh yang demikian kita mesti lah pandai untuk menilai kesahihan sesuatu maklumat tersebut.

KBAIKAN MEMBACA





"Membaca jambatan ilmu". Perumpamaan yang menyifatkan membaca sebagai penghubung untuk sampai ke sesuatu tempat berbeza atau yang lain. Sememangnya terlalu banyak kebaikkan dan faedah yang didapati dengan membaca. Mungkin kerana itu, soalan karangan SPM juga sering meminta pelajar untuk memberikan beberapa faedah yang boleh diperolehi membaca.

Banyak bahan bacaan terkini dan baik berada di pasaran. Majalah, buku, komik, media massa seperti blog, dan tidak ketinggalan surat khabar. Malah, kedai-kedai buku juga membawa bahan bacaan daripada luar negara untuk meningkatkan lagi pengetahuan apa sahaja yang kita perlukan.

Jadi, rasanya agak ramai yang telah pun mengetahui kenapa kita perlu membaca dan faedah-faedahnya. Tapi, berapa ramaikah dikalangan kita mengamalkan membaca sebagai suatu tabiat? Berapa banyakkah buku yang kita akan korek rahsia yang dikongsikan oleh penulisnya dalam sebulan? Bertenang disini saya tidak akan mengulas sebab musabab kenapa kita tidak suka membaca, tapi hanya untuk berkongsi kepentingan dan faedah membaca kepada kita. 

Tidak salah satu kebaikkan dan peringatan terus diulang untuk perkongsiaan bukan? Di sini beberapa faedah atau kepentingan yang kita boleh perolehi dengan membaca;

1. Ilmu Baru - Tukang masak yang jika beliau ingin mencuba masakan yang baru, sama ada dengan merasa masakan seseorang, mereka juga akan membaca buku-buku resepi yang dikeluarkan oleh mungkin chef yang terkenal. Ini menambahkan ilmu baru kepada mereka disamping dapat menambahkan "skill" memasak mereka menjadi lebih baik daripada yang biasa.

2. Pengalaman - Penulis tidak mungkin hanya akan memikirkan untuk melariskan buku jualan mereka. Tapi mereka juga akan menceritakan pengalaman mereka kepada pembacanya. Kebaikkannya, dengan mempelajari pengalaman daripada sesiapa pun, kita dapat mengurangkan sesuatu risiko dalam menghadapi kehidupan seharian. jadikan pengalaman mereka sebagai pengalaman kita sendiri dan kita dapat mengelakkan keperitan yang pernah mereka rasai.

3. Perbandingan dan Idea - Mendapatkan bahan bacaan yang baik adalah perlu dalam mencipta sesuatu yang baru. Masih teringat saya sendiri semasa membuat Thesis. Perkara pertama yang dilakukan untuk mendapatkan idea adalah dengan membuat perbandingan penulisan jurnal tentang sesuatu topik untuk melahirkan sesuatu yang baru. Menambahbaik atau mencipta sesuatu lain dari yang lain memerlukan kita untuk terus membaca dan menbaca!


4. Ketahui Perjalanan atau Isu Semasa - Masa kini, perjalanan berita yang kita ketahui semakin pantas. Terima kasih atas bantuan internet yang kini membolehkan kita mengetahui bukan sahaja berita setempat, tapi seluruh pelusuk dunia. Justeru, dengan membaca kita akan lebih cepat memahami dan mengetahui apakah yang sedang berlaku. Tidak mungkin kita akan terus berada dalam tempurung selamanya bukan.

Selesakah diri kita bila diumpamakan seperti "Katak Bawah Tempurung"? Jadi mulai sekarang bebaskan diri dengan membaca.

6. Mengajar Disiplin Diri - Membaca ada kalanya membosankan apabila kita terpaksa pergi menelaah satu ke satu perenggan untuk memahami kandungan yang dibincangkan. Tapi, membaca mengajar kita untuk terus sentiasa fokus dan berdisiplin dalam mendapatkan sesuatu. Jika kita membaca dengan melangkah dari datu perenggan ke satu perenggan lain, ia menyebabkan tidak fokus. Tidak fokus bermakna tidak berjaya mendisiplinkan diri..


Jumaat, 20 September 2013

BORUSSIA DORTMUND FOOTBALL CLUB






Ballspielverein Borussia 09 e. V. Dortmund (singkatan: Borussia Dortmund, BVB atau BVB 09) ialah sebuah persatuan dari Dortmund,di mana divisyen bola sepak merupakan ciri utama persatuan. Borussia Dortmund adalah salah satu kelab bola sepak paling berjaya di Jerman.Disamping 8 kejuaraan domestik dan 3 Piala Liga DFB yang dimiliki,BVB juga merupakan kelab Jerman pertama yang memenangi kejuaraan Eropah dengan menjuarai trofi Liga Eropah pada tahun 1966.Pada tahun 1997,BVB merupakan juara bagi Liga Juara-Juara UEFA dan Piala Dunia Kelab FIFA. Pasukan Borussia Dortmund merupakan penyandang juara bagi liga Jerman.
Walaupun pada asalnya Borussia Dortmund hanyalah ditubuhkan sebagai sebuah kelab bola sepak,namun pada masa kini,kelab ini juga memiliki sebuah pasukan bola baling dan juga ping pong yang bersaing di liga tempatan.Pada masa yang sama,cabang-cabang ini juga berfungsi sebagai kelab penyokong pasukan yang menjaga kebajikan hampir 60000 ahli kelab.

Borussia Dortmund
Ballspielverein Borussia 09 e. V.
Dortmund
Borussia Dortmund GmbH & Co. KGaA
Ditubuhkan
19 Disember 1909
Lokasi
Signal Iduna Park
(Kapasiti
 80.720)
Pengerusi
 Reinhard Rauball
Pengurus
 Jürgen Klopp
Liga
Juara


Pemain Terkini 2011/12
No.
Warga.
Nama
Tarikh Lahir
Menyertai kelab sejak
Kontrak berakhir
Penjaga Gol
1
06.08.1980
2002
2014
20
22.08.1988
2010
2014
41
20.01.1990
2006
2012
Pertahanan
2
11.11.1990
2001
2014
4
10.12.1988
2008
2014
15
16.12.1988
2008
2014
24
16.04.1989
2011
2015
25
05.11.1979
2008
2012
26
03.06.1985
2010
2016
27
17.03.1986
2008
2013
29
22.01.1988
2007
2014
Tengah
5
13.02.1980
2002
2013
6
18.08.1982
2004
2012
7
08.12.1992
2011
2015
8
13.06.1978
2010
2012
11
03.06.1992
2001
2016
14
02.02.1989
2011
2016
16
14.12.1985
2007
2013
19
19.07.1988
2009
2014
21
24.10.1990
2011
2015
22
27.04.1989
2009
2016
23
17.03.1989
2010
2013
31
Marvin Bakalorz
13.06.1989
2011
2014
Penyerang
9
21.08.1988
2010
2014
18
13.11.1984
2009
2015


Senarai Perpindahan untuk musim 2012/13
Masuk
Warga.
Nama
Kelab Asal
Tempoh Perpindahan
Musim Panas 2012
Musim Panas 2012
Musim Panas 2012
Musim Panas 2012
Musim Panas 2012
Musim Panas 2012
Musim Panas 2012